Trak termahal didunia milik Sultan Ibrahim!!! Daulat Tuanku..saksikan gambar gempak!!

MELBOURNE: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencapai impiannya memiliki trak 'Mack' termahal di dunia, pada majlis penyerahan yang diadakan di King George Square di pusat perniagaan Brisbane, hari ini. 
Trak mewah itu mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat pengeluar Wacol, di barat daya Brisbane. 
Menurut laporan ABC News, trak itu memiliki beberapa keistimewaan, termasuk dilengkapi enam kamera litar tertutup, dua set televisyen berskrin rata, ruang dapur, barbeku, katil kelamin dan kerusi bersulamkan 72,000 jahitan benang emas. 

Ia juga  perhiasan hud harimau bersadur emas. 

"Ini impian beta," titah baginda mengenai trak mewah itu. 
Harga trak itu dirahsiakan, tetapi harganya kini dipercayai lebih mahal berbanding sebelum ini yang bernilai A$481,000 (lebih RM1.985 juta) kerana ditempah khas. 

Baginda gembira dengan hasil akhir trak itu. 

"Beta sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun lalu. 

"Beta tidak sabar untuk mempamerkan hasil buatan ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja trak mewah ini dibawa masuk," titah baginda. 

Sultan juga menitahkan trak mewah itu menunda bot berkuasa tinggi baginda ke seluruh negeri dengan lokasi pertama pemanduan pada acara larian amal hujung bulan ini. 
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan