KETUA GENG 77 AKHIR NYA DIGANTUNG

Shah Alam: Ketua Kumpulan Kongsi Gelap 77 dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi selepas didapati membunuh seorang mekanik, dua tahun lalu.
Image result for TALI GANTUNG

Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman terhadap Musa Yunus, 42, selepas mendapati keterangan yang diberikan tertuduh adalah penafian semata-mata.
Dalam penghakimannya, Abdul Halim menerima keterangan yang diberikan isteri si mati yang menjadi saksi ketika kejadian itu berlaku.
"Berdasarkan keterangan yang diberikan tertuduh ketika pembelaan adalah bersifat penafian dan kredibiliti isteri si mati ketika memberikan keterangan boleh diterima mahkamah," katanya ketika membacakan penghakiman.
Mengikut kertas pertuduhan, Musa yang juga pengawal peribadi dituduh membunuh R Kumaran, 31, di tepi jalan di Selayang Baru jam 2.30 pagi, 23 Disember 2013.
Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam bela Abdul Kadir Ismail.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan