Gambar Hiasan
Sudahlah tidak sedar diri, ada hati pula nak marah orang lain sebab kehendaknya tidak dituruti.Cerita teman Cik Pang, satu hari artis itu menaiki penerbangan untuk bercuti ke luar negara bersama suami. Sebaik dibawa ke tempat duduk, tiba-tiba saja artis itu mengamuk!
Ingatkan mengamuk pasal apa, rupa-rupanya sebab dia diletakkan di kelas ekonomi. Dengan angkuhnya, artis itu enggan duduk di bahagian itu sebab katanya, dia sepatutnya duduk di kerusi kelas bisnes.
Walaupun berkali-kali diterangkan pramugara bertugas, dia tetap enggan tunduk, sebaliknya mengarahkan mahu bertemu dengan kapten kapal.
Disebabkan tidak mahu kekecohan terus berlaku, si kapten pun muncul. Menariknya, sebaik bertemu muka, terus si kapten memuji artis dan suaminya. Tujuannya nak sejukkan hati artis yang dari tadi tak puas hati dengan tempat duduknya.
Apabila dah sejuk hati, barulah kapten minta tiket mereka. Selepas diteliti lagi, sudah terang lagi bersuluh tempat duduknya memang di kerusi ekonomi. Akhirnya artis dan suami malu sendiri.
Cik Pang sendiri pun nak tergelak bila bayangkan saat itu. Mesti merah padam muka mereka berdua. Tapi di sebalik cerita lucu itu, terselit satu lagi cerita kurang enak.
Dengar cerita, artis yang sudah berhijab itu, tiba-tiba saja ʻhilangʼ tudung sebaik kaki melangkah masuk ke dalam kapal terbang. Betul ke?
0 ulasan:
Catat Ulasan