E-Rokok, Vapor
Melalui status yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata, Irsyad Fatwa dalam sidang terkini memutuskan bahawa amalan menghisap vapor atau vape tetap haram kerana pakar memaklumkan bahawa ia tetap membahayakan keselamatan, malah boleh menjadi lebih mudarat dari rokok.
Selain itu, ia juga dilihat sebagai satu bentuk pembaziran kerana pengguna akan menghabiskan sebahagian dari pendapatan mahupun sumber kewangan untuk perkara yang tidak mendatangkan kebaikan.
Tambah Dr Zulkifly lagi, budaya yang kian menular di Malaysia itu juga dipandang sebagai mengikut perilaku bukan Islam dan tindakan tersebut tergolong sebagai tidak bermaruah.
Dalam kenyataan sama, beliau juga berkata, walaupun sebahagian besar pengguna e-rokok menyifatkan tindakan mereka itu sebagai cara untuk menghentikan ketagihan kepada pengambilan rokok sebenar, namun ia bukanlah alasan yang kukuh.
E-Rokok, Vapor [2]
Ini kerana asas kepada perasa yang dimasukkan ke dalam vape sebelum disedut tetap memiliki tabacco dan nikotin, iaitu bahan yang mendatangkan kemabukan dan memberi keburukan.
Sejak kebelakangan ini, trend menghisap rokok elektronik semakin menjadi pilihan terutama dari golongan perokok tegar yang cuba mencari alternatif lain dalam mengatasi ketagihan mereka.
Menurut pengguna, selain mengawal pengambilan nikotin, ia turut menjimatkan wang kerana lebih tahan lama berbanding rokok sebenar.
0 ulasan:
Catat Ulasan