SAH! Dakwaan deposit USD700 juta atau RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib memang wujud! Ini disahkan sendiri oleh SPRM semalam.
Najib 2.6 bilion
Samada ia datang dari 1MDB atau dari sesiapa pun, itu soal lain. Masih penting juga sumbernya tapi persoalan yang harus kita tumpukan sekarang adalah, Adakah deposit itu sah dari segi undang-undang?
Adakah jika ia datang dari sumber 1MDB maka ia salah di sisi undang-undang tapi jika datang dari sumber lain, ia tidak salah?
Kenyataan SPRM juga bagi kita tidak lengkap. Seharusnya dinyatakan dengan jelas juga, adakah perkara itu merupakan satu kesalahan atau tidak. Sekarang ramai yang berdebat soal salah atau tak salah.
Kenapa tidak nyatakan sekali kedudukan deposit itu dari segi undang-undang? Kan perkara-perkara macam ni mainan bagi SPRM. Takkan itu pun nak kena tunggu sebulan juga?
Soal pendirian SPRM itu diterima atau tidak dengan lapang dada itu soal lain, rakyat mahu tahu dulu sekarang kedudukannya, adakah ia melanggar undang-undang atau tidak?
Rakyat mahu tahu jika ada klausa-klausa tertentu yang tidak menyabitkan sebarang kesalahan bagi seorang PM menerima derma bernilai RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi.
Sebab setahu kita, kalau menerima derma hamper sekalipun, orang dah pandang semacam!
Kemudian persoalan income tax seperti yang disebut chedet - 17. Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.
Bukankah kena cukai derma itu? Adakah Najib lari dari cukai dalam soal derma ni? Tak silap dekat 25% tu!
Kalau Tun boleh didenda RM130k atas nilai RM20k oleh pihak LHDN kerana tidak melaporkan pendapatan, tidakkah Najib juga boleh dikenakan tindakan yang sama? Denda 6 kali amaun?!
ATAU segalanya OK dalam kes ini?
Itu belum masuk bab KE MANA PERGINYA RM2.6 bilion itu?! Banyak tu.. yang ini kita sambung artikel lain.
Rata-rata semua orang tak tahu apa-apa masa mula-mula didedahkan oleh WSJ. Ini menunjukkan transaksi itu adalah rahsia. Ingat beberapa hari sebelum Raya Ahmad Husni ada mengeluarkan kenyataan -
Ahmad Husni
Menurut Ahmad Husni, susulan laporan Ketua Audit Negara itu, dakwaan liar sesetengah pihak termasuk tentang 'kehilangan wang sebanyak RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada individu tertentu' tidak timbul.
Nah, tidakkah itu berupa satu fitnah atau menipu rakyat?
Cuma akhir-akhir ini saja baru pro Najib sudah mula memainkan peranan untuk saiko pemikiran rakyat supaya menganggap deposit itu TIDAK APA. Rupa-rupanya sebagai persiapan kepada pengumuman SPRM ini!
Sejak pendedahan SPRM tadi, pro Najib pula yang melalak apa yang kita semua sebut selama ini - Najib tidak pernah menafikan wujud deposit RM2.6 billion itu! Ha ha ha ha...
Sekarang keutamaan pihak berkuasa adalah segera tampil dan berikan pendirian adakah perbuatan menerima RM2.6 bilion derma ke dalam akaun peribadi Najib itu merupakan satu kesalahan atau tidak.
Cuba pro Najib jawab soalan ini - kenapa tidak dari awal lagi Najib mengaku?
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 ulasan:
Catat Ulasan