Puchong: Tindakan seorang penunggang motosikal ‘mencelah’ dengan laju ketika mahu melepasi kesesakan lalu lintas membawa padah apabila dia maut akibat terbabas melanggar penghadang jalan.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi semalam, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja melalui Kilometer 21.5, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di sini.
Bagaimanapun mangsa dikatakan cuba memotong beberapa kenderaan dari arah kiri ke laluan paling kanan sebelum terlanggar cermin sisi sebuah kenderaan.
Akibatnya mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan di tengah lebuh raya berkenaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan