Tasha Shila kemalangan..#simpati

BMW dipandu Tasha Shila terbalik?

Image result for tasha shila kemalangan
KEADAAN yang menimpa pelakon jelita Tasha Shilla boleh diibaratkan ‘sudah jatuh, ditimpa tangga’.

Dihimpit dengan pelbagai cerita kontroversi melibatkan dirinya, Tasha Shilla sekali lagi terpaksa menelan dugaan berat yang dihadapi apabila didakwa ada terlibat dalam satu kemalangan di Petaling Street, Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lalu.

Menurut seorang sumber kepada portal Beautiful Nara, kereta BMW yang dipandu Tasha telah melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.
Image result for tasha shila kemalangan
Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar nahas kemalangan itu, namun kereta yang dipandu Tasha dikatakan terbalik.
Image result for tasha shila kemalangan
Difahamkan, dalam insiden pukul tiga pagi itu, Tasha tidak mengalami sebarang cedera parah.

Bagaimanapun, Tasha masih belum lagi membuat sebarang kenyataan secara terbuka mengenai kes kemalangan ini.

Sementara itu, bintang drama Nasuha ini juga sempat menjadi tetamu menyambut kedatangan Jay Park di sebuah butik di KLCC beberapa hari lepas.

Dalam perkembangan lain, nama Tasha baru-baru ini menjadi perhatian media selepas dikatakan mabuk dan mengamuk dalam sebuah kelab malam di Kuala Lumpur pagi Jumaat lalu menyerang bekas teman lelakinya, Hans Wong.




Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan