Wartawan,jurugambar CBS mati ditembak ketika wawancara secara lansung..


San Francisco: Rakaman video pembunuhan wartawan dan jurukamera stesen televisyen WDBJ malam tadi, bagaikan permainan video dengan tangan menggenggam pistol muncul pada paparan, wanita (Alison Parker, 24) muncul sebagai sasaran dan tembakan dilepaskan.
Namun, ia bukan permainan video kerana ia adalah pembunuhan sebenar yang dirakam kamera jurukamera Adam Ward, 27, serta kamera pembunuh, Vester Lee Flanagan, sebelum dia juga ditembak.

Rakaman berkenaan yang sempat dimuat naik ke Internet termasuk oleh Flanagan sendiri ke Facebook (sebelum dibuang) menjadi rakaman pembunuhan pertama disiarkan di Internet.

Wartawan WDBJ, Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, ditembak ketika mereka menemuramah untuk siaran langsung di Moneta, selatan Virginia, malam tadi.

Dalam siaran langsung itu, rakaman kamera Ward berakhir dengan pembunuh berdiri di atasnya mengacukan pistol sebelum stesen berkenaan memutuskan siaran.

Beberapa jam selepas itu, rakaman oleh Flanagan selama 56 saat menjadi viral di Internet sebelum video itu dibuang dari laman media sosial.

Rakamannya menunjukkan dia berjalan ke tempat Parker, Ward serta wanita sedang ditemuramah berada dan mereka tidak menyedari kehadirannya.

Flanagan berhenti, mengangkat dan mengacukan pistol lalu melepaskan tembakan yang membunuh Parker sebelum menembak Ward.

Rakaman itu tidak menampakkan pembunuh tetapi menampakkan tangan seseorang memegang pistol. - AFP




Suspek bunuh diri

VIRGINIA: Suspek yang menembak mati dua wartawan dalam satu insiden di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat semalam dilaporkan meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas menembak dirinya sendiri.

Vester Flanagan, ditemui pihak berkuasa di Lebuhraya Virginia, beberapa jam selepas insiden tembakan tersebut.

Siasatan polis mendapati Flanagan menyimpan dendam terhadap stesen televisyen WDBJ Channel 7, selepas dipecat dua tahun lalu.

Flanagan juga telah memuat naik video dia menembak salah seorang wartawan Allison Parker menerusi akaun Twitter miliknya, @bryce_williams7.

Selain itu, Flanagan juga menghantar 23 muka surat dokumen kepada stesen ABC News selepas insiden tembakan tersebut, menjelaskan motif tindakannya itu.

Dia mendakwa tindakannya berpunca daripada insiden tembakan di sebuah gereja di Charleston, South Carolina Jun lalu, yang mengorbankan 9 orang.

Flanagan, seorang bekas wartawan penyiaran , dikatakan berdepan masalah diskriminasi perkauman, gangguan seksual dan dibuli ketika bertugas di stesen berkenaan.

Alison Parker (kiri) dan Adam Ward.

Roanoke, Virginia: Wartawan stesen televisyen CBS dan jurukameranya mati ditembak seorang lelaki ketika mereka melakukan temuramah siaran langsung di Plaza Bridgewater di Moneta, Virginia, petang ini.

Menurut CBS, Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, mati di tempat kejadian.

Sementara itu, kpho.com melaporkan dalam rakaman video oleh Adam, Alison sedang menemuramah seorang wanita mengenai isu pelancongan apabila tembakan kedengaran dan kamera jatuh.

Polis kini sedang mencari lelaki yang melepaskan tembakan itu dan pihak berkuasa tidak dapat memberitahu punca kejadian.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan