Kedua-duanya tidak memberi jawapan apabila dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon.
Terdahulu, perkara itu tersebar menerusi Instagram yang menggunakan nama Carmen Emirda dipercayai teman wanita baru Han.
Dia memuat naik gambar di Instagram menunjukkan laporan polis yang didakwa dibuat oleh Han.
Han dalam laporan itu mendakwa dia mendekati Tasha di pusat hiburan berkenaan untuk bersalaman dengannya, tetapi Tasha tidak mengendahkannya.
Tasha kemudian datang ke mejanya lalu menampar dan menendangnya.
Selain laporan polis itu, pemilik akaun Instagram berkenaan turut memuat naik gambar Han di balai polis selain beberapa status yang menuduh Tasha menganggu percintaan mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan