Beliau berkata, pihaknya merampas pelbagai barangan dan peralatan memproses cecair pencuci itu termasuk mesin pencetak label dan pembancuh dengan nilai keseluruhan mencecah RM250,000.
"Kami membuat serbuan ini dengan kerjasama pemegang cap dagang Dynamo iaitu Procter & Gamble (P&G) dari Singapura yang membuat aduan mengenai kewujudan produk tiruan berkenaan.
"Kami sedang menyiasat siapa yang terbabit dalam kegiatan ini termasuk pihak yang bertanggungjawab membekalkan kotak dan botol selain lokasi jualan," katanya ketika ditemui pemberita di sini
0 ulasan:
Catat Ulasan