Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mungkin boleh disenaraikan sebagai antara individu terkaya di Malaysia selepas memiliki RM2.6 bilion dalam akauan peribadinya hasil sumbangan penderma.
Najib-orang-kaya
Rujukan dalam laman web Forbes bagi senarai 50 orang terkaya Malaysia untuk tahun 2015 menunjukkan, dengan sumbangan RM2.6 bilion (AS$700 juta) itu membolehkan Najib menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.
Najib berkongsi kedudukan sama dengan anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Mokhzani Mahathir yang disenaraikan memiliki kekayaan bernilai AS$700 juta.
Namun, jumlah RM2.6 bilion itu bukan nilai kekayaan sebenar Najib kerana ia tidak termasuk kekayaan aset-aset peribadi lain.
Jika semua harta dan aset dimiliki Najib diambil kira, kemungkinan besar beliau mampu menduduki tangga antara 10 orang terkaya di Malaysia.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah sumbangan penderma bukan dana 1MDB.
Bagaimanapun, siapa penderma yang bermurah hati serta tujuan derma itu diberikan masih menjadi misteri.
0 ulasan:
Catat Ulasan