Ops ambang merdeka..12 pasangan dicekup

Ops Ambang Merdeka, 12 pasangan kekasih dicekup di hotel bajet sekitar Melaka

Image result for ops ambang merdeka
Gambar Hiasan

Melaka: Seramai 12 pasangan kekasih ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Ops Ambang Merdeka yang dijalankan, awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira jam 4.30 pagi itu mensasarkan sembilan hotel bajet di sekitar bandaraya ini antaranya di Klebang, Malim dan Batu Beredam.

Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata, operasi Khas sempena Ambang Merdeka itu dijalankan kira-kira lima jam bermula jam 11 malam diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JAIM Zurul Iman Zakaria.

"Kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 42 tahun manakala dua daripadanya adalah pelajar selain terdapat empat individu termasuk seorang lelaki warga asing.

"Ketika ditahan pasangan ini gagal menunjukkan dokumen sah mengatakan mereka pasangan suami isteri dan kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkurung mendatangkan syak,
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan