Pengawal keselamatan dibelasah dalam hospital??? wahh teruk ni

KOTA BHARU – Hanya kerana tidak membenarkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun masuk ke dalam wad, seorang pengawal keselamatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini teruk dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki yang berlagak ala samseng di hospital ber*kenaan kelmarin.
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu turut menjadi viral di laman sosial mulai hari yang sama.

Melalui rakaman video berdurasi 1 minit 25 saat itu, empat lelaki itu dilihat memukul, menendang, mengheret serta melibaskan selipar ke atas pengawal keselamatan terbabit tanpa belas kasihan.

Pegawai Perhubungan HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, kejadian tersebut berpunca daripada perasaan tidak puas hati sekumpulan pelawat terbabit terhadap pengawal keselamatan yang menghalang seorang wanita daripada membawa seorang kanak-kanak berusia kira-kira dua tahun ke dalam wad separa kritikal unit rawatan rapi (ICU).

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan