Bangkok: Polis Thailand menawarkan ganjaran satu juta baht (RM112,000) kepada mereka yang memberi maklumat suspek serangan bom di Bangkok yang mengorbankan lebih 20 orang termasuk lima rakyat Malaysia.
Menurut Associated Press (AP) Jurucakap polis, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri, berkata ganjaran itu ditawarkan untuk sebarang maklumat mengenai suspek yang meletakkan bom atau rakan subahatnya.Polis yang menyiarkan gambar seorang lelaki berbaju kuning dipercayai lelaki yang memasang bom di tempat kejadian, percaya dia tidak melakukannya sendirian.
Reuters melaporkan polis Thailand sedang mengesan rakan suhabat suspek yang dipercayai bukan rakyat Thailand itu.
Jurucakap polis Thailand, Prawut Thawornsiri, berkata: “Kami juga sedang mengesan suspek lain berhubung letupan itu. Serangan seperti ini biasanya tidak dilakukan seorang suspek.”
Menurut Timbalan Ketua Polis Thailand, Jaktip Chaijinda, berdasarkan gambar, suspek kelihatan lebih kepada rakyat asing, bukannya penduduk Thailand. - Agensi
0 ulasan:
Catat Ulasan