Setiausaha:Masuk duit dalam akaun peribadi bukan amalan biasa..mana satu ni? peeningggg ar...

Image result for najib pening


Malang buat Ku Nan yang jadi Setiausaha Agung UMNO tu. Cubaannya untuk 'kencing' sambil memperbodohkan rakyat di kantoikan oleh MCA.

Skandal 2.6 bilion

"Ya, (amalan biasa) dalam mana-mana parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Oval Damansara pada Isnin ketika ditanya mengenai sumbangan derma dalam akaun amanah Datuk Seri Najib Tun Razak untuk UMNO.

Beliau berkata pihak yang membuat dakwaan berhubung amalan ini hanya cuba untuk melemahkan UMNO.

Tengku Adnan berkata tuduhan yang dilemparkan terhadap perdana menteri dan presiden UMNO itu cuma "permainan politik untuk melemahkan parti".

"UMNO ialah parti berusia 69 tahun dengan 3.7 juta anggota yang telah menghadapi pelbagai cabaran dan masih berdiri teguh.

Tapi aku yakin, 3.7 juta yang didakwa sebagai ahli UMNO ini akan berasa lega bila Ku Nan kata masukkan derma untuk parti ke akaun peribadi adalah amalan biasa.

Betullah orang kata, bila dah bodoh, senang untuk diperbodohkan. Main angguk saja, ada otak tak mahu guna.

Baca apa kata Setiausaha Agung MCA ni..
Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, tidak pernah menjadi amalan di mana dana politik didepositkan ke dalam akaun bank peribadi presiden parti itu dan memegangnya bagi pihak parti.

Ong berkata ini adalah untuk menggariskan antara kepentingan parti dan individu, dan untuk menghalang wang itu digunakan untuk kepentingan peribadi.

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri II itu berkata MCA tidak akan dapat berbuat apa-apa jika dana untuk parti itu dipakai untuk kegunaan peribadi dan kemudian orang itu menafikan mempunyai dana tersebut.

Ong mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempertahankan kontroversi RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menegaskan bahawa ia "adalah amalan biasa".

Ong dipetik oleh akhbar Oriental Daily sebagai berkata: "Jika wang masuk ke akaun peribadi, maka ia adalah di luar kawalan kita. Jika pemegang akaun itu menafikannya, apa yang anda boleh lakukan?"

Beliau berkata sejak penubuhan MCA, ia telah menjadi amalan untuk menyalurkan dana untuk parti itu ke dalam akaun parti.

Katanya, adalah sukar untuk mengesan sumber pembiayaan jika ia dipegang oleh pemimpin lapor Malaysiakini.

Rasanya hanya Najib seorang yang amalkan perkara itu sebab kebanyakkan cek bayaran untuk tugas atau program yang mereka lakukan datangnya dari akaun 'Badan Perhubungan Negeri' bukannya akaun Datuk-datuk Ketua Bahagian.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan