mikrofon ziana zain terbang? pulak dah..

Video artis bersuara tinggi, Ziana Zain, 47, ketika membuat persembahan di Kuala Lumpur Fashion Week 2015 (KLFW2015) Ahad lalu menjadi viral gara-gara Ziana 'melambung' mikrofonnya.

Mikrofon Ziana Zain 'Terbang'Image result for mikrofon ziana zain terbang

Apa yang melucukan ialah Ziana gagal menyambut mikrofon tersebut, tetapi aksi tenang dan bersahaja Ziana ketika insiden itu ternyata mencuit hati pelayar internet.

Video yang berdurasi selama 0:08 minit itu yang menjadi viral semalam rata-rata mendapat respon positif daripada peminat beliau dan memuji sikap Ziana yang ternyata bijak mengendalikan keadaan.

Menurut Ariff dia mengatakan kejadian itu sebagai satu 'sejarah' yang begitu menarik.

"Ini kejadian epik akak," tulisnya.

Difahamkan kejadian itu berlaku dek kerana losyen tangan yang dipakai oleh Ziana, sehingga menyebabkan tangannya menjadi licin dan sukar untuk menyambut mikrofon itu semula.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan