Tasha tampil sebagai penghias muka depan majalah Cosmopolitan.
"Dont judge a book by its cover. (Jangan menilai sesebuah buku itu melalui muka depannya) Yang penting hati. What's inside that counts. (Apa didalam itu diambil kira).
"Saya berharap orang ramai bersikap lebih terbuka tentang perkara itu. Jangan lupa dapatkan majalah itu ya," katanya ringkas kepada mStar Online pada Selasa.
Tasha menerusi akaun Instagram miliknya pada Selasa telah memuat naik foto majalah Cosmopolitan di mana dia menjadi penghias muka depannya.
Dalam majalah tersebut Tasha dilihat bergaya seksi dengan hanya mengenakan bra yang dipadankan dengan baju T jenis kain les.
Tasha turut meletakkan kapsyen meluahkan rasa penghargaan terhadap beberapa individu yang menjayakan sesi fotografi terbabit.
"My cosmo sept issue is out now! Grab a copy! (Majalah Cosmo keluaran September sudah tersedia. Dapatkan sekarang).
Dalam pada itu, Tasha turut meminta pengikut-pengikutnya untuk tidak meninggalkan sebarang komen sekiranya bukan kata-kata baik yang mahu diberikan.
0 ulasan:
Catat Ulasan