Berdasarkan intipan, polis mendapati lelaki berusia 30 tahun terbabit berehat di dalam kenderaan yang dipandunya tanpa mematikan enjin serta mengunci keempat-empat pintu.
Sumber berkata, anggota polis mengepung kereta itu menyebabkan suspek cuba lari sebelum anggota polis mengarahnya membuka pintu kereta, namun lelaki terbabit enggan berbuat demikian sehingga polis memecah cermin kenderaan untuk menahannya.
“Bagaimanapun, suspek merempuh kereta pacuan empat roda anggota polis di hadapan kenderaannya dan motosikal anggota polis lain di belakangnya.
“Polis melepaskan tiga das tembakan ke arah kereta berkenaan dengan satu peluru dipercayai terkena kaki suspek,” katanya.
Katanya, anggota polis mengejarnya, namun gagal mengesan kenderaan dipandu lelaki terbabit.
“Suspek pernah ditahan polis sebelum ini dan gerakan memburu lelaki berkenaan giat dilakukan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4299222 bagi membantu siasatan,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan