Ketahui!!! Ciri-Ciri Lelaki Palyboy


Info Fakta Tentang Lelaki. Apakah ciri lelaki playboy? Pernahkah anda dipermainkan oleh lelaki playboy? Sikap playboy adalah suatu sikap yang menjurus lelaki bagi memiliki lebih dari satu teman wanita di dalam satu masa yang sama.

Image result for lelaki playboy

Lelaki playboy biasanya menjadi kegilaan ramai berdasarkan caranya yang pandai menarik dan menawan hati wanita.

Mari kita mengenal ciri-ciri lelaki playboy bagi memudahkan anda sebagai wanita menjaga keselamatan dan bagi mengelak hati anda dilukakan.

Terlampau ramai rakan perempuan. Ciri Lelaki playboy yang utama biasanya mempunyai ramai rakan wanita dan sentiasa meluangkan masa dengan mereka.

Suka Memberi Alasan. Lelaki playboy suka memberi alasan apabila tidak dapat bertemu atau keluar anda.

Pandai Berkata-kata. Dia pandai berkata-kata dan mengambil hati anda dengan kata-kata yang mencairkan hati anda. Apabila difikirkan semula apa yang dikatakannnya tidak logik dan tidak pernah dilakukannya terhadap anda.

Perahsia. Tidak membenarkan anda mengetahui aktiviti harian dan apa yang sedang dilakukannya.

Tiada Keterujaan. Lelaki playboy biasanya tidak teruja apabila bertemu anda. Baginya keluar makan dan bersiar-siar dengan wanita adalah perkara yang biasa dilakukannya.

Mempunyai Banyak No telefon. Dia mempunyai banyak no telefon bagi memudahkannnya memikat wanita lain.

Sukar Dihubungi. Dia sukar atau lambat membalas SMS mahupun panggilan telefon. Kadang kala apabila anda telefon sentiasa engage. Kemungkinan dia sedang bergayut dengan wanita lain.

Keyakinan. Dia mempunyai keyakinan yang melampau dan sentiasa berkata ramai wanita berminat dan berkata sesuatu berkaitannya.

Rakan. Anda kurang mengenali semua rakan-rakannya ataupun langsung tidak tahu dia berkawan dengan siapa.

Tidak Menepati Janji. Dia selalu tidak menepati janji samaada menonton wayang, makan ataupun bersiar-siar dengan anda. Temujanji anda sentiasa terbatal kerana dia mempunyai hal untuk diuruskan. Kemungkinan pasangan anda ini menunjukkan ciri lelaki playboy.

Perbualan Kotor. Sentiasa berbual berkaitan perkara-perkara yang menjengkelkan seperti seks.

Tidak Mengingati Perkara Penting. Dia tidak dapat mengingati perkara-perkara yang penting berkaitan dengan anda seperti hari jadi, tarikh pertama dating, warna kegemaran, makanan kegemaran dan sebagainya. Mungkinkah die terkeliru dengan teman wanitanya yang lain.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan