Akim Ahmad dan Stacy Anam sah bertunang

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Penyanyi Akim Ahmad, 24, mengucapkan rasa syukur setelah sah menjadi tunang kepada kekasihnya, Stacy Anam, 25, dalam satu majlis yang diadakan hari ini.
Image result for akim dan stacy bertunang
Akim Ahmad dan Stacy Anam sah bertunang.
“Syukur Alhamdullilah. Majlis per­­tunangan saya Akim Ahmad dan bakal isteri, Stacy Anam telah selamat berlangsung tadi, 26 September 2015.
“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” kata Akim dalam satu kenyataan bergambar secara eksklusif kepada akaun Instagram rancangan hiburan, Hlive.
Terdahulu, portal hiburan Mang­ga Online mendakwa Akim dan Stacy telah melangsungkan majlis pertu­nangan hari ini di sebuah bang­lo di Lembah Klang.
Tambah laporan itu, majlis ter­sebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Sta­­cy dan Akim mula bercinta sejak tiga tahun lalu dan hu­bungan mereka tidak pernah ter­lepas daripada kontroversi.
Pa­­da Ogos lalu, Stacy telah memeluk agama Islam di Pejabat Agama Islam Johor Bahru dan menggunakan nama Ummu Syaikhah Stacy Anam.
Dalam pada itu, usaha Ming­guan Malaysia untuk mendapatkan reaksi Akim dan Stacy tidak berjaya apabila mereka ti­­dak men­­jawab sebarang panggilan.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan