Sewaktu artis itu mengadu, Cik Pang menjelaskan kepadanya mana mungkin penerbit itu berperilaku sedemikian kerana memberi implikasi buruk kerjayanya, apatah lagi program diterbitkannya popular dan diminati ramai.
Kata artis itu pada Cik Pang, terpulanglah hendak percaya atau tidak tetapi yang nyata dalam banyak-banyak orang yang artis baru ini minta tolong, hanya penerbit seorang itu yang buat perangai.
Ceritanya, dia meminta bantuan daripada penerbit itu untuk memaparkan dirinya dalam program dikendalikan. Tambah pula sudah agak lama dia menghilang dan mahu membuat kemunculan semula.
Tapi kata artis itu, penerbit terbabit memberi alasan susah untuk memberikan tempat kepada artis terbabit dalam programnya kerana dia sudah tidak popular.
Perkara itu boleh dilakukan dengan syarat artis wanita muda dan montok itu mengikutnya ke hotel.
Tanggapan awal artis terbabit mungkin penerbit itu mengajaknya ke hotel kerana mahu mengadakan temubual, tetapi sangkaannya meleset apabila artis itu harus tidur dengannya sebelum temubual dibuat.
Bengangnya artis itu apabila penerbit rancangan hiburan itu membuat permintaan sedemikian. Dia tidak menyangka perkara itu berlaku kerana katanya, dia mengenali penerbit itu dan pernah beberapa kali berurusan tetapi tidak sangka dia melampaui batas
0 ulasan:
Catat Ulasan