“Prosedur bermula apabila rambut pesakit di bahagian belakang dicukur sebelum dibius. Kawasan rambut yang akan diambil ditandakan dan kemudian doktor akan mencabut folikel satu persatu.
“Setiap folikel biasanya mempunyai tiga atau empat rambut. Biasanya doktor akan mengambil sehingga 1,000 hingga 1,500 rambut dan ditanam di tempat yang diperlukan,” katanya.
Dr. Liow, selepas rambut diambil, pesakit dibenarkan makan dan berehat seketika dalam bilik yang dikhaskan sementara doktor memilih folikel rambut dengan akar yang sihat untuk ditanam. Kemudian folikel rambut tadi ditanam di tempat yang diperlukan menggunakan alat khas.
Sebaik-baik saja proses menanam rambut selesai, pesakit akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan penyembur antiseptik. Selepas itu pesakit hanya perlu datang sebulan sekali pada tiga bulan pertama. Selepas itu pesakit disaran datang selepas enam dan sembilan bulan.
“Tanpa sebarang pembedahan teknik FUE hanya meninggalkan bekas lubang-lubang kecil pada kulit kepala pesakit. Biasanya dalam sehari dua lubang tadi akan tertutup dan bekas luka kecil tadi sembuh semula dalam masa seminggu. Tetapi ada pesakit yang tidak datang selepas itu mungkin mereka tidak menghadapi masalah selepas itu,” katanya.
Bagaimanapun pesakit yang baru selesai melakukan rawatan perlu mengambil berat beberapa perkara supaya tidak memberikan tekanan pada kulit kepala dalam masa seminggu.
Sebagai contoh mereka dinasihatkan tidak menggaru bahagian kepala yang terlibat dan perlu dilindungi supaya tidak terlanggar objek keras.
“Walaupun rambut yang ditanam sudah melekat di kulit kepala dalam masa tiga hari, langkah berjaga-jaga perlu diambil. Pesakit perlu mandi dengan berhati-hati dan tidak boleh membiarkan air jatuh ke atas kepala tetapi air perlu dialirkan melalui celah jari untuk mengurangkan tekanan.
“Selepas seminggu pesakit bebas melakukan aktiviti normal seperti biasa. Selepas tiga hingga enam bulan, rambut akan kelihatan dan hasilnya yang sempurna dapat dilihat,” katanya.
Biasanya pesakit akan dapat melihat kesan rambut gugur berkurangan antara 70 hingga 80 peratus selepas rawatan. Selepas tiga hingga enam bulan rambut baru akan kelihatan dan kesan terbaik dapat dilihat selepas sembilan hingga 12 bulan. Rambut yang ditanam akan tumbuh dan panjang seperti rambut biasa.
Dr. Liow berkata, setakat ini hanya rambut pesakit digunakan untuk tujuan menanam rambut. “Kami menggunakan folikel rambut pesakit sendiri kerana biasanya tiada siapa yang akan mendermakan rambut kepada orang lain. Dan pihak kami akan menyarankan pesakit menggunakan rambut sendiri bagi mengelak penolakan,” katanya.
Selain rambut, ada juga pesakit yang menanam jambang serta bulu kening bagi wanita. Bagaimanapun menanam bulu kening lebih rumit kerana bentuknya.
0 ulasan:
Catat Ulasan