Tesco Malaysia terpaksa memanggil Ahli Jawantankuasa (AJK) Masjid Jamek Kampung Plentong Baru untuk menyamak beratus-ratus buah troli selepas dua orang pengunjungnya bertindak biadab membawa masuk seekor anjing ke dalam pasar raya Tesco Extra Plentong.
Bilal Masjid Jamek Kampung Plentong Baru, Omar Abd. Jalil berkata, dia yang mengetuai proses pembersihan troli berkenaan dihubungi oleh salah seorang pekerja Tesco tersebut sebelum dia ke pasar raya itu bersama dua lagi AJK masjid.
Pembersihan ke atas semua troli dilakukan kerana pihak pasar raya tidak tahu mana satu troli yang digunakan wanita berkenaan dan mereka mengambil masa lebih dua jam menyamak dengan kerjasama kakitangan Tesco.
Perbuatan biadab dan bodoh dua wanita Cina meletakkan anjing peliharaan mereka di dalam troli sebelum masuk ke dalam Tesco dikritik pengguna laman sosial kerana tidak sensitif dengan pengunjung beragama Islam.
Lebih buruk lagi anjing berwarna hitam dan coklat itu turut kencing di atas troli berkenaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan