Punca sebenar lelaki tampar imam

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Berikutan kes seorang lelaki menampar Imam Masjid Negara tengahhari tadi, pihak polis membuat pengesahan telah menahan seorang warganegara India yang bertanggungjawab menambar Imam terbabit.
Image result for LELAKI TANPA IMAM


Polis berkata suspek seolah-olah seperti tidak waras dan bercakap seorang diri. Selain itu suspek juga mendakwa beliau mendegar suara halus yang memintanya menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung.

“Siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu seolah-olah tidak waras kerana dilihat bercakap seorang diri.

“Suspek mendakwa bahawa beliau mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah memetik laporan dari TheRakyatPost.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan seterusnya.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan