Pada pagi jumaat Kelvin Anthony Morais, kelihatan meninggalkan apatment Menara Duta, Kuala Lumpur dengan mengunakan kereta kerjaan jenis Proton Perdana bernombor W6264Q, namun bekas penyiasat SPRM yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam negara tersebut tidak hadir berkerja pada hari yang sama.
Kelvin, menurut SPRM telah kembali ke jabatan asal beliau lebih setahun yang lalu, dan terlibat dalam penyiasataan wang RM2.6bilion dan 1MDB. Kelvin sepasukan dengan Jessica Gurmit Kaur warga Singapura yang dipecat daripada jawatannya di Jabatan Peguam Negara, sebaik sahaja Tan Sri Gani Patil dilucutkan jawatan.
Isu siasatan terhadap 1MDB dan wang RM2.6 bilion menjadi hangat apabila The Wall Street Journal membuat laporannya mengenainya pada 2 Julai.
Ekoran laporan tersebut, satu tindakan drastik dilakukan oleh Perdana Menteri, antara lain merombak kabinet termasuk memecat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal, kerana dua anggota kabinet tersebut menyuarakan kebimbangan berkaitan 1MDB dan RM2.6bilion di khayalak ramai.
Peguam Negara yang Baru, Tan Sri Apandi Ali menafikan sebaran media, khususnya media sosial, yang mendakwa Morais merupakan anggota Pasukan Khas bersama Jessica Gurmat Kaur warga Singapura yang menyiasat 1MDB.
Kini isu 1MDB dan wang Rm2.6 bilion, bukan sahaja menjadi topik di kalangan pemimpin pembangkang dan Tun Dr Mahathir, malah menjadi tajuk utama di surat-surat khabar antarabangsa, termasuk dijadikan oleh beberapa pegawai Transparency International sebagai bahan mengentam DS Najib Razak dan kerajaan.
Pihak polis sedang menyiasat kehilangan DPP tersebut.
Satu klu ditemui di Hutan Melintang Perak pada pagi Sabtu, sebuah kereta menyerupai proton Perdana yang terbakar hangus, namun tidak menemui sebarang kesan tulang belulang manusia.
Sah Kereta Terbakar Milik Kevin Morais
Dalam perkembangan terkini, polis mengesahkan hampir 99 peratus siasatan yang dilakukan terhadap kereta yang terbakar adalah milik Kevin Anthony Morais yang masih lagi hilang.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi FMT.
Zainuddin bagaimanapun berkata, pihaknya belum boleh mengesahkan secara rasmi kerana ada maklumat belum lengkap terutama nombor casis pada enjin yang telah terbakar.
“Kita tak boleh dedahkan maklumat siasatan yang sedang dibuat kepada orang awam kerana keseluruhan siasatan ini masih memerlukan perkara-perkara tertentu yang boleh mengesahkannya dengan tepat,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Zainuddin melahirkan rasa kesal dengan tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan polis sengaja melambat-lambatkan siasatan terhadap kes itu.
Katanya, mereka tidak tahu kesukaran yang sedang dihadapi pihak polis bagi mendapatkan bukti untuk mencari kebenaran dalam merungkai kes yang boleh dianggap misteri itu.
Kevin dilaporkan hilang pada pagi Jumaat lalu ketika meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta.
Dia sebelum ini dipinjamkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan sebelum dipulangkan semula ke ke Jabatan Peguam Negara sebagai Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan pada 15 Julai lalu lapor FMT.
Adakah kehilangan Kelvin, ada kaitan dengan tugas beliau? Atau faktor lain?
0 ulasan:
Catat Ulasan