Bayi Ajaib!! Masih hidup walaupun terkene peluru!!!

ALEPPO 19 Sept. - Seorang bayi di Syria dianggap sebagai bayi ajaib apabila didapati masih hidup, meskipun cedera terkena serpihan peluru berpandu sejurus dia dilahirkan di wilayah Aleppo, yang terjejas teruk akibat perang saudara di negara ini.
Image result for bayi ajaib masih hidup walaupun terkena peluru
Bayi perempuan itu dilahirkan menerusi pembedahan selepas sepasukan doktor mendapati ibunya yang cedera parah akibat terkena serpihan peluru di bahagian perutnya.

Dalam satu klip video yang dimuat naik dalam akaun Facebook Majlis Perubatan Bandar Aleppo semalam, sejurus dibedah, bayi itu disedarkan semula dan sekeping serpihan peluru ditarik keluar dari dahi bayi itu.

Portal al-Jazeera melaporkan, masih tidak jelas di mana insiden itu berlaku, namun pemilik akaun Facebook itu menyatakan ibu dan kanak-kanak itu masih hidup dan mereka berada dalam keadaan baik.

Akaun Facebook itu turut mengecam kerajaan Syria kerana melancarkan serangan peluru berpandu itu sehingga mencederakan kedua-dua beranak berkenaan.

Aleppo merupakan bandar terbesar di Syria dan terbahagi kepada tiga kawasan yang dikuasai kumpulan penentang kerajaan, tentera kerajaan dan militia Kurdis.

Bandar itu menyaksikan pertempuran sengit sepanjang hari antara kumpulan penentang kerajaan dan tentera kerajaan, yang mengakibatkan ribuan penduduk terbunuh.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan