Saya buat kerana mahu memperbaiki diri.

SUATU ketika dulu dia pernah dikritik gara-gara lakonannya dalam Playboy Itu Suami Aku. Penampilannya dalam drama itu dikritik habis-habisan hanya kerana caranya membawakan watak Afina Aulia yang tidak menjadi sehingga ada yang melabelkannya sebagai pelakon kayu.
Namun, itu semua tidak pernah menjadi kudis kepadanya. Janji Nur Risteena Munim, dia akan tetap menjalankan amanah yang diberikan dengan berkesan.

Image result for risteena munim
Paling penting, hari ini keadaan berubah sudah. Dia berjaya melalui fasa yang memeritkan dan merubah mimpi menjadi kenyataan.
Terbang dengan sayap yang melebar di dunia lakonan hari ini, bagaimanapun tidak menjadikan Risteena lupa akan hari-hari memilukan. Pada saat-saat dia dikritik hebat suatu masa dulu, Risteena mengakui dia sendiri keliru dengan jalan yang dipilihnya.
“Maklum saja waktu itu saya tidak boleh berlakon kerana saya tidak dilahirkan untuk menjadi pelakon.
“Biar pernah digelar pelakon kayu, saya tidak kisah. Bagi saya, apabila ada yang membenci, itu akan menjadikan kita lebih berasa untuk memaju dan membangunkan diri.
“Kritikan itu hadir dalam dua bentuk. Sama ada orang suka atau tidak suka dengan lakonan kita. Semua itu normal dan kritikan yang negatif saya tidak mahu ambil serius.
“Dalam lakonan memang semua pelakon akan laluinya. Pasti akan ada yang tidak berpuas hati,” jelas Risteena.
Kata Risteena, hasil kutukan telah memberi manfaat yang bukan sedikit kepada kehidupan peribadi dan kerjayanya.
Dia menjadikan segala kutukan dan kritikan sebagai bahan untuk menilai semula kemampuan diri.
Dari situ dia tahu bahawa perlu mempelajari teknik berlakon dengan lebih mendalam supaya namanya sebagai pelakon disegani dan dapat dibangunkan.
“Saya percaya semua pelakon akan menghadapi situasi sama seperti saya. Daripada kritikan itu saya bangkit. Saya tidak pernah putus asa. Saya berlatih, menerima cabaran dan tidak mengalah.
“Akhirnya saya bangga dengan diri saya sendiri apabila nama Risteena Munim terus bernafas dalam dunia lakonan sehingga ke hari ini,” kata wanita berusia 26 tahun ini.
Waktu untuk belajar
Tentunya dua tahun bergelar pelakon, Risteena sendiri tidak pernah menyangka dia akan terlibat dalam penggambaran filem dengan menampilkan dia sebagai pelakon utama.
Filem Girlfriend Kontrak yang akan ditayangkan di pawagam pada 24 September ini adalah pemula segalanya.
“Ini kali pertama saya bertindak sebagai watak utama. Berlakon filem memang pernah, tetapi saya hanya sebagai pembantu dan penampilan khas sahaja.
“Saya masih gementar sebenarnya menunggu maklum balas daripada orang ramai. Membawa watak utama ini saya anggap sebagai satu tanggungjawab besar.
“Tetapi dengan promosi yang diadakan setakat ini, saya percaya filem ini akan menerima sambutan,” katanya yang turut berlakon dalam filem Chowrasta dan Anak Mami Nasi Kandar.
Mengakui bukan mudah untuk berlakon dengan nama-nama hebat seperti Keith Foo dan Bront Palare dan dalam filem berkenaan, Risteena berkata, dia menerima tawaran itu kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu.
“Bila lagi kita nak cuba? Saya buat kerana mahu memperbaiki diri. Saya tidak takut dan bersedia dengan semua kritikan.
“Ini waktu untuk saya belajar. Watak yang saya bawa juga bukan mudah kerana menampilkan saya sebagai wanita kampung.
“Watak ini adalah cabaran baharu buat saya kerana menuntut saya menjalani penggambaran di ladang lembu, di dalam parit dan bendang sawah,” katanya.
Populariti
Bercakap soal populariti, tempoh dua tahun di dalam industri mungkin sudah cukup untuk seseorang pelakon membuktikan diri.
Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas pula menganggap semua itu bergantung kepada rezeki seseorang. Bagaimanapun, dia cukup bersyukur dengan perkembangan kerjayanya kini.
“Bukan mahu bercakap sombong tetapi alhamdulillah, tawaran kepada saya tidak pernah putus. Masih ada yang memerlukan khidmat saya sebagai pelakon walaupun nama saya tidak berapa nak dikenali.
“Biarlah nama saya lambat naik asalkan tawaran masih ada dan boleh cari makan. Saya juga tidak pernah merungut dengan semua itu.
“Saya tahu populariti itu penting tetapi saya tidak letakkannya sebagai perkara utama dalam hidup bergelar seorang pelakon,” kata gadis kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini.
Juga menganggap perjalanan kerjayanya lancar buat masa ini, Risteena mengaku dia belum puas dalam bidang ini.
“Ada lagi perkara yang belum tercapai. Apa yang saya ada sekarang tidak boleh dibanggakan.
“Saya kalau boleh mahu menjadi seorang pelakon yang serba boleh. Sejak dulu lagi, saya impikan untuk membawakan watak jahat. Nak juga rasa cabaran itu,” katanya yang pernah menerajui drama Menjinak Ombak dan Plan B.
Setakat ini, Risteena juga mengucapkan syukur apabila sebuah stesen televisyen swasta telah memberikannya kontrak selama setahun dalam menguruskan kerjaya.
“Saya sangat berterima kasih dengan semua ini. Selama ini, saya bergerak sendiri dan sekarang apabila ada yang menguruskan saya, janji saya adalah berikan yang terbaik,” jelasnya yang akan muncul dalam drama Alal Bib Oktober ini
-
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan