Koperal di belasah warga nepal ketika bertugas.,

Bukit Mertajam: Seorang anggota polis cedera dipukul sekumpulan lelaki warga asing berhampiran sebuah kilang di Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini, petang tadi.
Image result for koperal di belasah
Koperal Khosim Haq yang bertugas di cawangan foto Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), cedera di muka dan dahi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 56 tahun dikatakan sedang menjalankan tugas risikan maklumat di sebuah kilang dedak sebelum diserang lebih lima pekerja kilang terbabit dipercayai warga Nepal.

Difahamkan, sepucuk pistol jenis Walther yang dibawanya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) turut dirampas kumpulan suspek tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa menerusi panggilan telefon bimbit dan segera ke lokasi kejadian.

"Beberapa anggota tiba di kilang berkenaan dalam tempoh 10 minit (6.40 petang) dan telah menemui mangsa dalam keadaan terbaring termasuk mengalami kecederaan di muka.

Menurutnya, anggota terbabit kini sedang mendapat rawatan di Hospital Bukit Mertajam dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan