Gadis 14 tahun diratah 2 lelaki di lantai tandas awam..

SEGAMAT – Polis daerah ini berjaya menahan dua remaja lelaki masing-masing berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes rogol terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sekitar Buloh Kasap, kelmarin.
Image result for gadis dakwa digilir
Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa bersama keluarganya datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat untuk membuat laporan polis selepas mendakwa dirogol oleh kedua-dua suspek.

“Menurut mangsa, dia dihampiri oleh kedua-dua suspek yang menaiki motosikal pada kira-kira jam 7 pagi di kawasan lapang berhampiran sebuah taman perumahan dan suspek mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks bersamanya.

“Mangsa yang enggan melayan kehendak mereka kemudian ditarik oleh salah seorang suspek ke sebuah tandas awam berhampiran dan memaksa mangsa menanggalkan pakaiannya dan berbaring di atas lantai tandas sebelum bergilir merogolnya,” katanya.

Tambahnya, suspek kemudian meninggalkan mangsa seorang diri di dalam tandas tersebut dan mangsa yang kemudiannya pulang ke rumahnya dalam keadaan muram menimbulkan pertanyaan kepada salah seorang ahli keluarganya.

Katanya, bimbang sesuatu kejadian yang buruk menimpa mangsa, ahli keluarganya mendesak mangsa supaya menceritakan apa yang berlaku dan terkejut apabila mangsa memberitahu bahawa dirinya menjadi mangsa rogol.

“Mangsa dan keluarganya membuat laporan polis dan beberapa minit selepas menerima laporan mangsa, kedua-dua suspek berjaya ditangkap di sekitar Buloh Kasap berdasarkan jenis motosikal dan ciri-ciri suspek.

“Mangsa juga telah diarahkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Daerah Segamat (HDS) dan kedua-dua suspek kini direman selama 10 hari di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan