Penganalisis ekonomi berpendapat walaupun keadaan ekonomi kukuh, tetapi faktor politik pada tahap tertentu menyebabkan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) terus menjunam.
Pakar ekonomi turut berpendapat kejatuhan nilai ringgit belum sampai ke dasar dan keadaan itu bermakna ringgit mungkin terus jatuh malahan ke tahap RM4.50 malahan RM4.80. berbanding AS$.
Pakar ekonomi daripada Hong Leong Investment Bank, Sia Ket Ee berkata, hanya selepas faktor tidak menentu dalam politik dipulihkan, barulah keyakinan pelabur dapat diperbaiki dan memberi semula fokus kepada asas ekonomi negara.
Beliau berkata, asas ekonomi sukar mencuri tumpuan pelabur kerana soal ekonomi kini telah dicampur aduk dengan isu politik.
"Perubahan arena politik mengambil tempat setiap hari, keadaan ini mewujudkan ketidaktentuan dalam pasaran," katanya kepada China Press.
"Pergolakan kadar pertukaran secara jangka pendek adalah tidak dapat dielakkan.
"Jika perasaan tidak tenteram dalam politik tidak dapat dihapuskan, kadar pertukaran ringgit berbanding AS$ boleh mencecah antara RM4.50 hingga RM4.80 dan ini merupakan beban yang perlu dipikul," katanya.
Menurutnya, pegawai kerajaan tidak boleh asyik mengaitkan penurunan nilai ringgit dengan harga komoditi dan menyatakan negara lain turut menerima kesannya.
"Kedudukan ringgit pada tahap yang agak besar adalah disebabkan oleh politik tempatan, ini sesuatu yang boleh dilihat ramai orang," katanya.
http://malaysiagazette.com/ms/akhbar...450-berbanding
Quote:
Ringgit melepasi 4.0 ekoran penyusutan yuan
KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Ringgit ditutup 1.96 peratus lebih rendah, melepasi tahap psikologi 4.0 berbanding dolar US hari ini berikutan tindakan bank pusat China menurunkan nilai yuan untuk hari kedua.
Pada jam 5 petang, unit tempatan disebut harga pada 4.0375/0415 berbanding dolar US 3.9600/9630 semalam.
"Yuan merosot lagi hari ini kepada 6.3870 sedolar berbanding 6.3231 semalam selepas bank pusat China menurunkan nilai yuan.
Ringgit yang melepasi paras 4.0 sedolar untuk kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu, turut diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.8619/8659 daripada 2.8302/8333 pada Selasa dan turun berbanding yen kepada 3.2388/2431 daripada 3.1723/1752 semalam.
Ringgit jatuh berbanding pound sterling kepada 6.2876/2950 daripada 6.1701/1759 semalam dan berkurang berbanding euro kepada 4.4941/4998 daripada 4.3651/3700 sebelum ini. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/semasa...-yuan-1.418823
Quote:
Ringgit cecah RM4
*12 Ogos
Nilai ringgit mencecah paras RM4 berbanding satu dolar Amerika dalam dagangan intra hari ini. Matawang tempatan itu didagangkan RM4.0035 berbanding satu dolar Amerika pada jam 9.35 pagi tadi namun kembali pulih sedikit tidak lama selepas itu dan berlegar sekitar RM3.99.
Ini merupakan nilai terendah yang pernah dicatatkan matawang negara sejak krisis kewangan Asia pada 1997.
Kekurangan petunjuk positif dalam pasaran tempatan, isu-isu domestik serta kejatuhan harga minyak mentah menyebabkan nilai ringgit semakin menyusut, sekaligus menjadikan prestasinya terburuk dalam kalangan matawang Asia.
Manakala di peringkat global, jangkaan peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan, kejatuhan harga bon kerajaan serta penurunan nilai yuan, semalam memburukkan lagi prestasi ringgit.
Ringgit didagangkan lebih rendah berbanding matawang-matawang utama lain kecuali dolar Singapura. Ia sedikit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.8216 berbanding 2.8302 semalam. Matawang tempatan itu didagangkan lebih rendah berbanding yen pada 3.1877, pound sterling (6.2020) dan euro (4.4040) - MalaysiaGazette
http://malaysiagazette.com/ms/ekonomi/ringgit-cecah-rm4
Quote:
Originally Posted by onlinetrader View Post
http://www.malaysia-today.net/malays...goh-wei-liang/
(Malay Mail Online) – Today, the Ringgit breached RM4.00 for a dollar.
When I logged in to my Facebook and Twitter accounts, 9 out of 10 posts that appeared on my timeline were slamming the Government on the Ringgit.
To sum them up, youths who dominate social media today were posting comments as though tomorrow spells the end for Malaysia.
And in just the past month, I saw how Malaysians transform from being constitutional experts, to aviation analysts and now economics.
Some even went as far as pushing the blame on Umno and Najib. There’s this group called Suara Rakyat who likes to say “other countries are doing better because Umno is not there in their country”.
Of course, when you have a narrow, myopic view, you will tend to miss out the fact that over the 5 year period,
• Russian Roubles lost 114per cent against USD
• Indonesian Rupiah lost 51per cent against USD
• Indian Rupees lost 38per cent against USD
• Norwegian Krone lost 37per cent against USD
• Australian Dollars lost 24per cent against USD
• Euro lost 20per cent against USD
• Thai Baht lost 10per cent against USD
Do I need to go on?
One of the contributing factors faced by these countries is the drop in oil prices. Crude oil was trading at US$70-80/bbl few years ago and today it has fallen below US$ 50 per bbl.
Also, US is not our only trading partner and the performance of our Ringgit is not measured against US dollars alone.
When we look at the Ringgit,
• we strengthened against Canadian Dollars (2per cent)
• we strengthened against Indian Rupees (10 per cent)
• we strengthened against Japanese Yen (14 per cent)
• we strengthened against Indonesian Rupiah (18 per cent)
I don’t need to name more currencies, do I?
Do you know that the value of our trade with India, Japan and Indonesia is close to 20per cent?
Understandably, we are quick to feed on negative news and quick to comment like an expert on our Facebook and Twitter. That’s how things work these days.
Of course, none of you made reference to 1998.
No one remembered the time when the Ringgit crashed to as low as RM4.725 for a dollar on 7 January 1998 (BNM selling rate, over the counter was more than RM4.80).
All of you, who were quick to comment about the state of our economy on your Facebook, were still in school.
So none of you knew, none of you remembered, none of you experienced what happened in 1998 when Anwar Ibrahim was Finance Minister.
Back then
a) People were losing jobs or had difficulty in getting jobs
b) Households were squeezed
b) average lending rate was 12.16 per cent
c) Inflation was close to 3 per cent without subsidy removals.
If any of you doubt the 2-3 per cent inflation numbers today and felt it is way higher, apply the same thought to 1998-1999.
And yes, average lending rate was over 12 per cent. Those were the days.
You may say it is history and you may continue to slam the Prime Minister, the Central Bank and the Government for today’s numbers.
But the next time before you give you get upset and share your anger on Facebook or Twitter, ask yourself whether or not the Ringgit — Dollar exchange rate affects you, and how.
1. Do you shop online from US websites?
2. Are you planning to fly over to US for a holiday?
3. Are you a Malaysian studying in the US?
4. Do you import goods to be resold in Malaysia?
5. Do you buy necessities and food from the US to use here?
6. Do you at all use the US dollar in your daily life?
Because my dear, only if you answer yes to the above, you are affected. Otherwise, what are you shouting and so worried about?
Your salary is still denominated in Ringgit and you don’t buy necessities with US dollars.
Sure, no one can deny that it has some impact to some segments especially imports and our plans to travel to US, UK etc. I am also of the opinion that there are many things Najib can do (which he isn’t at all now) and I will share more soon.
And guys, the international ratings agencies — Fitch, Moody’s and S&P — have all maintained Malaysia’s outlook as stable.
There are no economists out there who are saying that Malaysia’s economy will collapse, only politicians are saying this.
DZulkifli Mahmud (dua dari kiri) dan Kristina Fong (dua dari kanan) melihat buku prospek ekonomi selepas sidang akhbar di Menara Matrade, Kuala Lumpur, semalam. Utusan/IRWAN MAJID
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia khususnya dolar Amerika Syarikat (AS) sejak tahun lalu, dijangka tidak berterusan malah tidak akan mencecah RM4 sehingga akhir tahun ini apabila Rizab Persekutuan AS mengumumkan kenaikan kadar faedah.
Ketua Penyelidikan RAM Research Services Bhd., Kristina Fong berkata, langkah Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah yang dijangka dibuat pada tahun ini juga, secara langsung akan menghilangkan tekanan dan ketidakpastian ke atas ringgit.
Beliau berkata, ketika ini nilai ringgit banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran di AS, selain faktor global lain.
“Saya menjangka ringgit akan berlegar sekitar RM3.9 berbanding dolar sehingga hujung tahun ini, dan tidak mungkin mencecah paras RM4. Malah, saya turut menjangkakan ringgit tidak akan mencecah paras tersebut pada 2016,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis taklimat Prospek Ekonomi dan Kesan Turun Naik Kadar Pertukaran di Bangunan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud.
Fong berkata, meskipun masih terdapat faktor ketidakpastian lain, namun beliau percaya Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk mengekalkan kekuatan mata wang negara pada tahap tertentu.
Sementara itu, mengulas sama ada kerajaan akan mengambil langkah menambat ringgit, Fong percaya, tambatan ringgit bukanlah sebahagian daripada rancangan kerajaan Malaysia untuk menangani situasi tersebut.
“Kami percaya tambatan ringgit bukannya sebahagian daripada rancangan kerana pasaran Malaysia adalah lebih terbuka ketika ini. Kali terakhir Malaysia melaksanakan tambatan ringgit iaitu pada 1998, kita berada pada situasi yang berbeza.
“Pada masa kini, kita mempunyai lebih banyak pelaburan dan penglibatan asing, jadi saya berpendapat ia tidak berada dalam pelan kewangan negara ketika ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berpendapat, antara perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menangani kelemahan ringgit adalah terus memantau apa yang berlaku supaya dapat menangani sebarang risiko yang mungkin muncul.
“Malaysia mempunyai asas yang kukuh dan daya tahan tersebutlah yang akan membolehkan negara ini bertahan dengan kejutan,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan