Bekas banduan punyai lebih 10 rekod jenayah tak serik..kali ini lain pula kisah nya..simpati si gadis gebu..

SHAH ALAM - Seorang bekas banduan yang mempunyai lebih 10 rekod jenayah bukan sahaja tidak insaf selepas keluar masuk penjara beberapa kali, malah dia bertindak lebih melampau dengan merogol.
Image result for gadis gebu
China Press melaporkan, mangsa merupakan seorang kerani keturunan Cina berumur 20-an yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja tetapi dipercayai telah diintip oleh suspek.

Penjenayah tersebut telah menarik mangsa ke dalam sebuah rumah kosong, membogelkannya sebelum merogolnya.

Mangsa yang cuba melawan pula ditampar oleh penjenayah. Suspek akhirnya meninggalkan mangsa seorang diri sesudah selesai.

Mangsa seterusnya meneruskan perjalanan balik ke rumah dan membuat laporan polis di balai berhampiran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata, suspek keturunan India merupakan seorang pemandu lori dan telah ditahan kira-kira sebulan selepas kes berlaku.

Beliau berkata, hasil kerjasama orang ramai dan siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perindustrian berhampiran dengan lokasi jenayah di Shah Alam membolehkan polis mengenal pasti suspek.

Ujarnya, suspek mempunyai lebih daripada 10 rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah, tetapi tidak membabitkan kes rogol atau cabul.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan