Bekas bintang filem lucah, Sasha Grey yang kini menjadi aktres Hollywood berang selepas wajahnya tidak terkecuali daripada menjadi bahan kempen propaganda Russia terhadap Ukraine.
Menurut penyebar khabar angin, Sasha ditangkap, dimalukan dan dicincang dengan kapak kerana menjadi sukarelawan perubatan untuk tentera Russia.
Berita itu mula dipaparkan akhbar The Moscow Times yang melaporkan seorang jururawat dikenali sebagai Sasha Serova ditawan askar Ukraine.
‘Kisah’ itu mendapat lebih 3,500 “like” daripada pengguna VKontakte pada hari pertama ia diterbitkan.
Seperti biasa, berita sensasi begitu juga cepat menarik perhatian media lain dan mula dikongsi beberapa portal berita.
Bagaimanapun, Sasha ternyata tidak gembira selepas dikaitkan dengan konflik yang setakat ini meragut kira-kira 5,600 nyawa sejak April 2014.
Sasha kemudian menggunakan Twitter untuk melahirkan perasaan tidak puas hatinya itu.
“Saya sayang peminat saya dari Russia tetapi propaganda ini melampau.
“Ramai orang mati dan ramai yang kehilangan ahli keluarga tetapi ada pihak mempersenda mangsa dengan berita seperti ini,” katanya.
Kejadian itu bukanlah kali pertama menimpa Sasha - atau nama sebenarnya Marina Ann Hantzis.
Pada Disember 2013, Sasha dikritik hebat oleh blogger pro-Rusia selepas membuat kenyataan di Twitter meminta penduduk Ukraine tabah ketika protes menumbangkan bekas Presiden Viktor Yanukovych yang pro-Kremlin.
0 ulasan:
Catat Ulasan