Biar apapun tanggapan orang ramai terhadapnya, wanita berusia 25 tahun itu tidak gentar kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar. Sebagai seorang insan yang berfikiran waras, Fara lebih rela dirinya menjadi mangsa ancaman orang ramai yang tidak tahu kisah sebenar tentang pertelingkahannya dengan Fizz.
Sepanjang sesi foto yang diadakan di Studio Utusan baru-baru ini, saya dapat melihat sikap Fara yang sebenar. Wanita kecil molek ini kalau bercakap tidak berhenti dan yang penting dia tidak bersikap hipokrit. Fara tampil dengan perangai sebenar tanpa mempedulikan orang sekeliling. Kalau dia nak gelak besar, dia akan gelak tanpa disekat.
Pada pertemuan itu sambil makan, kami bercerita dan di waktu yang sama Fara turut menunjukkan beberapa isi
kandungan perbualannya menerusi aplikasi WeChat. Berikut adalah perbualan antara Hits dengan Fara.
HITS: Apa cerita ni Fara, tiba-tiba nama jadi popular. Ramai yang mengata Fara tau tak?
FARA: Ala kalau nama popular begini, tak naklah. Saya bukan sengaja nak mencetuskan kontroversi. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Saya memang menjadi mangsa tapi macam biasalah siapa nak percaya pada orang baharu macam saya ni.
Tujuan saya memuat naik paparan perbualan itu bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar untuk memberi amaran kepada dia sebab dia terlalu melampau. Ayat-ayat yang diberi berbaur lucah dan dia seolah-olah menganggap saya perempuan murah. Pada saya dia keterlaluan.
Saya hanya paparkan satu mesej dia kat WeChat dengan kata-kata, ada orang nak belanja beg tangan. Hahaha! Dengan niat (mengejek) padahal saya tahu, tidak mungkin dia nak belanja beg yang bernilai RM20,000 itu. Saya muat naik sekejap sahaja, selepas Fizz menyedari, dia meminta saya memadam kan post itu dan saya delete (padam).
Dia pun sudah meminta maaf kepada saya, akan tetapi kes ini jadi berpanjangan apabila ada di antara 60 orang kenalan dalam kumpulan WeChat saya itu sempat menyimpan (save) mesej screenshoot itu, dan memberinya kepada Miss Kepoh.(satu akuan Instagram) itupun selepas 10 hari saya muat naik status itu. Bukan saya yang memulakan semua itu.
Apa perasaan Fara, bila Fizz kata tidak kenal siapa itu Fara Mendoza?
Waktu dia kata begitu, saya masih boleh bersabar lagi kerana saya fikir kalau bercerita secara terperinci, nanti bukan setakat dia, keluarganya juga akan mendapat malu. Saya masih fikirkan hal keluarganya lagi...mempunyai anak dan isteri. Jadi saya tampil kata, okey la mungkin itu akuan palsu Fizz dengan harapan cerita itu akan habis di situ sahaja. Tapi kesabaran saya tercabar apabila Almy Nadia tampil memperlekeh saya di laman Instagram miliknya. Dia kutuk saya tanpa usul periksa. Daripada kata-katanya itu, seolah-olah saya ini terdesak sangat. Apa salahnya kalau dia rasa saya sengaja membuat cerita, terus telefon saya dan bertanyakan kedudukan sebenar. Dia boleh minta nombor saya daripada suaminya.
Kenapa dia terus diam apabila saya hantar semua perbualan antara saya dengan Fizz. Hah! barulah dia tahu, saya bercakap benar atau sengaja nak cari publisiti murahan. Saya harap di masa depan, janganlah suka-suka nak hentam orang tanpa usul periksa. Apa yang saya buat itu bukan untuk publisiti tapi sebagai amaran untuk Fizz agar tidak meneruskan perbuatan sebegitu. Saya bukan perempuan murahan, saya hanya mahu orang tahu kebenaran apa yang berlaku dan orang kat luar sana tak faham apa yang saya nak sampai kan dan terus menghukum saya.
Cuba cerita macam mana Fara boleh kenal Fizz?
Saya kenal dia sewaktu menemani Emma Maembong menjalani penggambaran filem Hantu Rumah Sakit Jiwa, arahan Michael Ang. Semasa di lokasi, saya buat hal sendiri sebab tahu kehadiran saya adalah sekadar menemani kawan saya.
Bukan saya yang tegur dia tapi Fizz yang hubungi saya dulu. Bila tanya dari mana dapat nombor saya, dia kata itu semua tidak perlu tahu kerana rahsia.
Memandangkan saya ini orang baharu dalam bidang seni, bila orang berpengalaman nak bersembang dengan kita tentulah rasa bangga sebab mereka tidak sombong untuk bertegur sapa dengan saya. Saya jenis yang tidak memilih kawan, siapa nak berkawan saya okey sahaja.
Bagaimanapun dalam tempoh tiga hari saya menemani Emma di lokasi, sepanjang itu jugalah dia sering WeChat dengan saya. Saya tanpa ada rasa was-was layan sahaja sebab bukan dia seorang sahaja kenalan artis lelaki yang berkawan dengan saya, ramai lagi tapi mereka tidaklah berperangai begitu.
Dalam tempoh singkat itu sahaja, dia sudah berani menghantar kata-kata yang pada saya tidak manis kerana dia seorang suami dan bapa. Saya tidak ada niat untuk mengaibkan sesiapa, saya cuma mahu memberi amaran kepadanya dan memperbetulkan tanggapannya terhadap saya. Daripada cara ayat itu, seolah-olah dia ingat saya ini perempuan yang mudah dimakan. Maaflah saya bukan perempuan begitu. Saya boleh hidup tanpa menumpang orang lain kerana saya ada ibu bapa yang boleh bagi saya makan.
Apa kata ibu bapa Fara bila cerita ini tersebar.
Apa lagi, mak saya mengamuklah. Teruk saya kena marah, tapi bila saya jelaskan cerita sebenar, kurang sikit kemarahan dia. Saya tahu mesti dia pun tertekan apabila orang sekeliling asyik tanya. Lain halnya dengan bapa sebab dia tenang sahaja bila cerita ini timbul. Saya memang sedih sebab gara-gara cerita ini, nama saya dan juga keluarga tercalar. Orang luar terutama di laman sosial sesuka hati sahaja melabel saya. Pada hal mereka kenal saya pun tidak. Pandai-pandai sahaja menyebarkan foto lama saya yang kononnya bercumbuan itu. Untuk pengetahuan semua itu bukanlah foto saya.
Ekoran daripada cerita ini, apa kesan kepada karier Fara?
Sedih nak cerita, sebab kesan daripada cerita ini ada pengarah yang sudah tidak percaya pada saya dan enggan mengambil saya berlakon. Pada hal sebelum ini hubungan saya bukan main baik lagi dengan pengarah itu. Mungkin bukan rezeki saya untuk berlakon di bawah arahan dia.
Sebenarnya apa objektif utama Fara menyertai bidang seni, untuk popular atau apa?
Seperti orang lain saya mahu menunjukkan bakat lakonan yang saya ada, cuma peluang saya belum terbuka luas.
Pembabitan saya dalam bidang seni ini adalah atas usaha sendiri dan semua ahli keluarga tahu sejak dulu saya memang minat seni. Saya mahu menjadi pelakon yang berjaya dan bukan yang dikenali kerana cerita yang bukan-bukan.
Sejak bila Fara membabitkan diri dalam bidang seni?
Sebelum jadi pelakon, saya sering menjadi model untuk majalah-majalah sebuah terbitan pada 2014. Kemudian pada Disember tahun yang sama saya menyertai syarikat MIG pada Disember 2014 untuk diuruskan oleh pihak mereka tetapi pada Mei 2015 saya sendiri meminta dilepaskan. Antara drama dan filem yang saya sempat lakonkan, Projek Memikat Suami, Suamiku Encik Sotong, Cupcake Mama, Hanya Dengan Bismillah, Selipar Jepun Stiletto Merah dan Keranda Tok Wan Terbang.
Memanglah penampilan saya tidak besar tetapi daripada situlah saya membina nama dalam bidang seni. Saya tidak kisah bermula daripada bawah kerana memang itulah laluan untuk saya kekal lama dalam bidang seni.
Habis bila sudah berlaku macam ni, ada lagi ke yang tawar Fara berlakon?
Sedih, tak ada. Tapi saya akan cuba bangkit untuk membina nama. Lepas ni saya harap ada la peluang untuk saya berlakon. Jujurnya saya memang ingin serius dalam bidang seni.
Kalau tidak ada pekerjaan, macam mana Fara meneruskan hidup. Adakah ditanggung oleh ibu bapa?
Alhamdulillah, walaupun saya tidak ada tawaran berlakon ketika ini tapi saya tetap boleh hidup tanpa berharap bantuan orang lain. Saya mempunyai pendapatan tetap. Sejak Mei 2014, saya bersama sepupu, Arra Shida mengusahakan jualan kasut dengan jenama Lunaglitz secara atas talian menerusi Instagram @lunaglitz. Setakat ini perniagaan kami amat memberangsangkan kerana harga yang ditawarkan bermula daripada RM70 hingga RM200. Kebanyakan pengguna kasut keluaran Lunaglitz ialah remaja dan ada juga yang boleh dipakai oleh orang dewasa.
Macam mana pula boleh dapat nama Fara Mendoza?
Hehehe....nama Mendoza tu sebab saya suka tengok telenovela Mexico, Rosalinda yang disiarkan kat televisyen dulu. Dari situlah saya dapat nama Mendoza. Nama sebenar saya ialah Noor Faralina Md.Yunus. Saya anak kedua daripada lima beradik.
0 ulasan:
Catat Ulasan