Gambar Hiasan
Dalam kejadian jam 7 malam kelmarin, suspek yang membonceng motosikal Honda EX5 ditemani kekasihnya dikesan melakukan jenayah itu di lorong belakang sebuah hotel di Jalan Taiping di sini.
Sumber berkata, suspek terserempak seorang wanita warga Iran berusia 26 tahun berjalan bersendirian di kawasan itu sebelum meragut beg tangan mangsa.
"Suspek wanita dan kekasih itu melarikan diri. Bagaimanapun orang awam yang melihat kejadian itu mengejar suspek sejauh 200 meter.
"Panik melihat orang ramai mengejar mereka, dua suspek yang cuba meloloskan diri itu terlanggar kenderaan Perodua Alza sebelum terjatuh," katanya.
Dia berkata, teman lelaki suspek melarikan diri meninggalkan wanita itu bersama beg tangan yang diragut.
"Bagaimanapun suspek wanita itu tidak sempat melarikan diri dan berjaya ditahan orang awam.
"Suspek yang ditahan orang ramai itu ditumbuk di perut oleh seorang individu yang berang dengan perbuatan suspek," katanya.
Menurutnya, beg tangan yang diragut itu dikembalikan kepada mangsa.
Difahamkan suspek dan teman lelakinya sebelum ini pernah melakukan jenayah ragut bersama di ibu negara.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, pihaknya kini memburu teman lelaki suspek yang melarikan diri.
0 ulasan:
Catat Ulasan