Kota Kinabalu: Satu gempa bumi berukuran 3.3 skala Ricther dilaporkan berlaku di Ranau, kira-kira jam 1.25 petang, dekat sini, hari ini.
Difahamkan gegaran dirasai Gunung Kinabalu dan kawasan sekitarnya.
Menurut rekod laman sesawang Jabatan Mateorologi Malaysia gempa bumi itu dilaporkan berlaku kira-kira 11 kilometer di Barat Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.
Ia gempa bumi susulan terbaru selepas kali terakhir dicatatkan berlaku pada 28 Ogos lalu dengan kekuatan 3.6 skala Ricther.
Setakat ini, lebih 100 gempa bumi dilaporkan di daerah berkenaan sejak 5 Jun lalu.
0 ulasan:
Catat Ulasan